Tuesday, April 5, 2011

Rohani dan Jasmani yang Remaja...

Semakin dekat angka umur aku nak berubah thn ni saya dapati kulit2 tangan saya menunjukkan tanda kedut tak setegang dulu...Alamak... 

Kalau dulu aku tak pernah ambik tahu pasal awet muda. Kalau member2 MLM spt Shaklee, Luxor, Hai-O suruh join sebab nak beli ubat awet kesihatan yg baik (dan mahal plak tu) 
aku tak pernah peduli....tapi akhirnya join gak tanpa membeli apa-apa produk...Tapi sekarang bila tengok di cermin, jelas muka dah mula nampak kedutan terutama di bawah mata dan dahi.


Aku nak cuba cari atau kumpulkan petua2 dulu-dulu kerana pasti amalan tradisi ni bukan shj baik, tetapi menjimatkan.  Meh kita amalkan sama-sama ajar tubuh badan dan jiwa sentiasa remaja....Ehem-ehem....

1) Tanam ulam raja - amalkan ulam raja. Ini kerana ulam raja amat mudah hidup dalam pasu dan tak perlukan jagaan rapi.





Ulam Raja

2) Jangan minum air sambil makan. Minum air 30 minit lepas makan. Kulit kita kan tegang dan takkan kecut.

3) Makan epal dan peria katak yg di blend, amalkan hari hari tanpa kecuali.





Peria katak

4) Amalkan anggur merah - baik untuk pencegahan penyakit jantung

5) Amalkan air soya tawar (kurang manis) kalau boleh buat sendiri sbb kita boleh kawal jumlah gula. Air soya boleh membantu cegah sakit jantung. Ada sesiapa tahu cara-cara buat air soya sendiri?

6) Amalkan minum air limau nipis/limau kasturi tanpa gula. Tapi pastikan perut tak kosong takut nanti gastrik.

7) Pastikan minum air masak dengan banyak setiap hari untuk membuang toksik dari badan.



Inshaallah.....badan mantap...




***Tapi sampai masa denyutan jantungku kan terhenti jua.

Silap dan Sedar

Aku sedar aku silap
Selama ini aku menyayanginya
Mencintai manusia
Bukan sepenuhnya KernaMU

Aku sedar aku silap
Berkorban masa dan waktu
Mencari dunia
Bukan sepenuhnya kernaMU

Aku sedar aku silap
Membanting tulang
Memerah keringat
Bukan sepenuhnya KernaMU

Aku sedar aku silap 
Tapi apa mungkin terlewat
Untuk kupinta kemaafan
Untuk kupersembahkan keinsafan

Aku silap dan kini aku sedar
KernaMU lebih dari apa
Yang kusayangi
Yang kucari
Yang tak pasti
Yang sementara
Yang mempersona
Yang mendusta
Aku silap dan kini aku sedar
Hanya padaMU kuserah hidup dan matiku
Perkasa Sekian Alam

Tiada sekutu firmanMU kujunjung
Agar jadi pengikutMU yang sebenar....Insha Allah...

Sunday, March 20, 2011

Adam Ashraf vs Mia Sara


Name: Mia Sara Nasuha bt Muhammad Ridhuan
Birth date : 30 Sept 2005
Age: 6 years
Occupation: Kids model and Actor
From/location: Kota Damansara
Father’s name: Ridz
Mother’s name:Fyda
Her 1st appearance on tv: 2008
TV comercials: Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, Astro Beyond, TM, Soflan
Dramas: Adamaya is her first drama.


Name: Adam Ashraf bin Mohd Hafiz
Birth date : 24 Ogos 2005
Age: 6 years
Occupation: Future Muslim artist
From/location: Kuala Lumpur
Father’s name: Apez
Mother’s name:Syud
His 1st appearance on tv: Wait n See
TV comercials: Bank Muslim, Celtom, Susutagen, Nokiah, Astromen, Te'eM, Hardlan
Dramas: My Life: Adam Ashraf  is his first drama.


Kalau ikutkan hati dan perasaan, nak jer aku pinangkan Mia Sara ni... tapi Adam tak nak...dia shy shy gitu..dia nak concentrate dalam pelajaran dia, memenuhi impian kerjaya dia, nak banyak berkawan dulu, taknak cintan cintun ni....hahaha..sorilah Mia, nanti uncle slow talk ngan Adam okeh...hehehe....


***Bila Adam nak kawin ni?kena start prepare dari sekarang ker?siapa pilihan hatinya?

Friday, March 18, 2011

Musibah itu Rahsia Allah....Belajar dari Jepun



Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Jepun, harusnya dirasakan oleh kita jua. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak ada rasa, mati jiwa. Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, Insha Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa. Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, "Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya."- Surah al-Mulk: 3

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya. Apabila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:

"Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" -Surah al-Ankabut: 2

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap"… it's not what happens to you, but it's what you do about it."

Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." -Surah al-Zukhruf, 43: 48

Firman Allah swt:
"Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." - Al A'raf 168

"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" -Surah al-Baqarah: 214

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya mereka akan berkata, "aku telah terpilih." Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang." (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
"Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala."
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila', kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." -Surah Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya.

"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis.

Maka, renung-renungkan dan selamat beramal soleh.....



Sebahagian dari petikan oleh Minda Al-Asad


***Mengapa perlu berduka tika Allah menjanjikan berita gembira bagi mereka yang mengingatiNYA

Monday, February 28, 2011

Akhir Aku Mengakulah....


Okeylah...aku mengaku...aku minat kat dia ni....minat sebab dia cakap berlapik, muka sentiasa senyum, tak banyak gosip, pandai amik hati peminat, taklah giler glamour sangat, percaya pada bakat, konsisten dalam bidang seni, selain pandai jaga diri samada penampilan, budibahasa, pekerti dan lain-lain yang mencerminkan tatasusila rakyat Malaysia.

Aku mengaku selain daripada Amy Search, dia jer sorang artis lelaki yang aku minat sangat..... Semoga berjaya dalam kerjaya, sentiasa membahagiakan insan dengan lagu dan lunak suara anugerah Tuhan...... suka kalau Anuar Zain nyanyi lagu ketuhanan....

Lagu ni best.......... http://www.youtube.com/watch?v=L-jXg8wIsd4&feature=related

***Nota : Rase cam Adam Ashraf pun ada iras-iras muka Anuar Zain

Monday, February 21, 2011

Buah Hatiku..Pee Dee Jobot & Adam







Kenalkan....gewe baru aku....namanya Pee Dee Jobot...aku baru beli....old skoll mari...dah lama da aku mengidam nak simpan dan bela makhluk-makhluk klasik ni..cuma baru-baru ni memang nekad nak beli....Ni aku amik petikan dari geran asal  Pee Dee Jobot:

a) Class   :  Pte
b) Type of Body   : Scooter
c) Colour   : Blue
d) Propelled   : Petrol
e) Manufacture's :
         Name   : Vespa
         Engine no  :  154196
         Chassis No  : 160871
f) Year of Manufacture  : 1963
g) Seating Capacity  :  2
h) Horse power  : 150 cc
g) Number of cylinders  : 1
h) Number of wheels  : 2
i)  Date of Original Registration  : 3 MAY 1963

Itulah serba sedikit kisah hidup dan untuk makluman tuan puan sekalian, umurnya dah 47 tahun....47 tahun...12 tahun lebih tua pada aku....masih power lagi.... Sekarang ni dialah peneman hidupku...nak kuar kedai, jalan-jalan ke taman...lepak kat tepi tembok...cam old skol dulu-dulu...best-best....Saper nak tumpang boleh....boleh jalan dan boleh blah....hahahaha


***Setiap yang hidup pasti akan mati...

      

Sunday, February 13, 2011

Di sini menanti....

Bila aku keseorangan, lagu ni sentiasa terngiang-ngiang....

Right Here Waiting

Oceans apart day after day 
And I slowly go insane 
I hear your voice on the line 
But it doesn't stop the pain 

If I see you next to never 
How can we say forever 

Wherever you go 
Whatever you do 
I will be right here waiting for you 
Whatever it takes 
Or how my heart breaks 
I will be right here waiting for you 

I took for granted, all the times 
That I though would last somehow 
I hear the laughter, I taste the tears 
But I can't get near you now 

Oh, can't you see it baby 
You've got me goin' CrAzY 

Wherever you go 
Whatever you do 
I will be right here waiting for you 
Whatever it takes 
Or how my heart breaks 
I will be right here waiting for you 

I wonder how we can survive 
This romance 
But in the end if I'm with you 
I'll take the chance 

Oh, can't you see it baby 
You've got me goin' cRaZy 

Wherever you go 
Whatever you do 
I will be right here waiting for you 
Whatever it takes 
Or how my heart breaks 
I will be right here waiting for you 



*** Menanti...menanti dan terus menanti......

Wednesday, February 9, 2011

Kerjaya baruku bermula....

2 Februari 2011... satu tarikh yang kini melakarkan warna dalam hidupku... Kerjaya baruku bermula setelah sebulan lebih  menggoyangkan kaki, menggemukkan badan, tidur selewat dan senyenyaknya, mengeteh sepanjang malam, memancing sesuka hati, bertemu dengan sahabat lama dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta menceriakan hati dan jiwa.

Kini, semua itu ada hadnya, displinkan diri semula, bangun pagi dan tidak tidur-tidur lagi. Tapi ada bestnya, kerna ada bezanya dengan kerjaya sebelum ini. Antaranya, aku tidak perlu keluar ke pejabat seawal 6.45 pagi kerna waktu pejabat kini bermula pukul 9 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Tidak setensian dulu kerna, terpaksa keluar awal mengelakkan jalan yang sesak kalau terlewat keluar. Jalan menuju ke pejabat kini sungguh damai...jam 8.30 pagi keluar dari rumah, jam 8.40-8.45 pagi dah samapi dah ke pejabat ... Fuh....bestnya...jalan tak sesesak dulu...tenang sahaja...60km/j je bawak kereta... minyak pun save giler... Kalau dulu, minyaknya takyah nak kata, bawaknya macam pemandu F1 yang nak jadi juara dunia.....

Kini...kerja...kerja..kerja.... pressure tu biasalah kat mana-mana, cuma kena pandailah bawa diri dengan suasana baru, kena cepat belajar, kena patuhi segala prosedur, kena disiplin diri, kena tambahbaik mana yang kurang, kena...kena....kena....biasalah tu kerja....

Doakanlah aku agar sentiasa dirahmatiNYA, diberkatiNYA dan disayangiNYA dalam apa jua usaha yang dilakukan ... Semoga diberi panduan dan pedoman serta hidayah dalam melaksanakan tanggungjawab ini ...


*** Segala amalan bermula dengan niat....

Friday, February 4, 2011

Aku pun hairan ....

1) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5) Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. 

Usman Ibn Affan r.a.
***"Sesungguhnya manusia dicipta selalu risau dan gelisah," (70:19) 

Tuesday, February 1, 2011

Bertemu kita selepas 21 tahun.....

 Dulu-dulu......(1990)

Sekarang (22 Jan 2011)

21 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek..lama tu. Tapi kalau dah ditakdirkan Allah untuk bersua muka, bertemu jugak akhirnya. Selalu bermain di fikiran, bilalah nak berjumpa dengan kengkawan sekolah menengah dulu. Kengkawan yang menjadi warna biru, kuning, merah, kelabu, hitam, putih, jingga, hitam dan putih dalam sebahagian hidup aku. Memori yang dahulunya tersimpan, bila berjumpa satu persatu, muncul kembali, rahsia yang sebelum ini yang disembunyikan, satu persatu dibongkar....Kelakar dan lucu...

Pic di atas menceritakan wajah ceria setiap insan bila bertemu...masing-masing terkesima dengan perubahan masing-masing terutamanya dari segi fizikal....tapi satu je persamaan yang dapat disimpulkan...Jiwa tetap remaja... Bila berbicara seakan-akan usia ni tidak pernah berubah, masih macam seorang budak yang berbaju, berseluar  dan berkasut putih serta bersongkok hitam kemas mengikut fesyen dan gaya masing-masing.

Syukur pada Tuhan, kerana memanjangkan usia ini dari tahun ke tahun dan kini sudah tiba masanya menghitung kehilangan mereka satu-persatu bertemuNYA. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke hujung nyawa.


*** Al-Fatihah buat teman dan sahabatku yang pergi berjumpaNYA terlebih dahulu...



Saturday, January 29, 2011

Wan Erika Balqis...The New Kid On The Block


Nak memperkenalkan anak buah aku yang ketujuh ... nama belum didaftarkan ...Wan Erika Balqis, dilahirkan di DEMC, Shah Alam pada 28 Januari 2011 bersamaan 23 Safar 1432 (Jumaat) jam 12.50pm. Persamaan aku ngan dia, kitorang lahir pada Tahun Arnab .... Erika Balqis, we are the Rabbits .....

Welcome to the world Wan Erika Balqis ........

*** Sesungguhnya manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian.

Thursday, January 27, 2011

Nasib Baik ada Bro Man dan Miss Lala...Syukran

Memang nasib baik...2 hari dalam seminggu aku careless, lalai dan alpa. Ntah kenapa ntah. Memori aku semakin cepat terpadam. Tanda-tanda usiaku telah meningkat walaupun cuba dikaburi oleh rupa fizikalku yang masih seperti pemain bolasepak bawah Harimau Malaya kendalian K. Rajagopal berjersi no.4...Hehe

Senario 1- Mekasih Bro Man (24 Jan 2011)

Nasib baik ada Bro Man. Cam ni ce ceritanya. Pada suatu pagi (24 Jan 2011), aku dan rakan old skoll aku, Halim bercita-cita nak pegi memancing di Seksyen 24 Shah Alam. Aku keluar rumah seawal 7.16am dan ke rumah Halim dulu sebab tak tau lokasinya. Semangat memang membara dari hari pertama lagi Halim ajak aku memancing. Oleh kerana Halim bersarapan pagi, aku tak, aku temankan dia dulu melantak sekeping roti canai dan secawan teh tarik. Perut dah berisi barulah kitorang ke kolam mancing tu.

Halim selalu gi mancing kat kolam tu. Nampak menarik. Ikan melompat-lompat. Ni yang buat aku geram dan tak tahan ni. "Berapa ringgit bang, nak masuk", aku bertanya.  " Deposit RM30 sorang, min 3 jam." Bro kaunter tu jawab. Ada lagi dia bagitau info...tapi otak aku dah berangan, pancing aku mengena, melawan ikan tongsan ke, patin ke, pacu ke talapia ke..yang 4-5 kilo punya berat. Habis aku hulurkan duit, terus aku mencari tempat yang strategik...Siapkan pancing aku, hati dah berbunga-bunga....Belum sempat nak baling pancing aku...lagu Bitter Heart nyanyian Zee Avi berkumandang di handponku..."Hallo.. ini Hafiz ke?" "Ya, saya." "Abang ada tercicir dompet tak....?" Terus menggelabah katak tangan aku meraba-raba poket kiri dan kanan. Jantung aku tetiba berdegup kencang, kelakuanku cam orang kena sawan sikit tetapi terkawal... "Haah... dompet saya tak der kat saya..." "Abang kat kolam mancing kan..?" "Haah." "Mai sini kat kaunter tadi, ada orang jumpa dompet abang." Apalagi... berkejar-kejaran aku ke kaunter tadi. Halim tengok aku pelik, tapi aku tak bagitau dia apa-apa lagi sebab satu, malu... kedua, malas nak kacau dia sedang khusyuk menyiapkan senjatanya. Sampai kat kaunter, bro tu tengok aku tersengih-sengih... mana taknyer, muka cuak aku tak dapat dibendung dan sembunyikan lagi.."Betul ni abang punya?" "Haah.... Alhamdulillah, jumpa kat mana?" "Kat longkang tu..." jawab bro tu sambil jarinya menuding ke arah tempat yang dijumpai. "Sape yang jumpa?" " Ada bro tu jumpa tapi dia da balik da...Bro Man. Nasib baik no tepon abang ada kat dompet tu" "Terima kasih banyak-banyak bro".  Gumbira betul aku sambil membelek-belek dompet tu...satu sen pun tak hilang, satu kad pun tak usik...Bila aku flash back balik, mungkin masa aku berlari-lari nak lepaskan gian dan meroyan aku, dompet aku tercicir, tak masuk betul kat poket seluar... Halim tersengih-sengih jer bila aku citer balik kat dia...Bukan apa, aku dah ada pengalaman dah hilang dompet ni, kalau duit aku diambik aku tak kisah, tapi nak berurusan dengan segala macam jenis kad tu yang tak larat tu....Anyway, terima kasihlah banyak-banyak Bro Man...

***Tempat mancing tu memang banyak ikan...promote skit

Senario 2- Gracias Miss Lala (27 Jan 2011)

Azza dah tau aku nak mula kerja minggu depan. Sebelum korang syak lebih-lebih, Azza ni bekas anak murid aku masa kat Banting, bersuami dan beranak dua. Dia je sorang-sorang anak murid aku yang dok contact aku sampai skang. Azza ajak makan sebab dia tau lepas ni bila aku dah stat keje susah dah nak mintak nasihat kat aku...kekeke...

Dia setkan nak jumpa kat Wangsa Walk, Wangsa Maju. Sebelum tu aku ada bagitau kat dia yang aku mengidam nak makan kat Tony Romas ker, TGI Fridays ker, Victoria Station ker...tapi memandangkan dia dok kat Danau Kota dan ofiznya kat area2 situ, TGI Fridays menjadi pilihan.

Azza cam biasa dengan poyosnya... terus kitorang gi makan kat TGI Fridays dan aku bawa netbook aku takut kalau tinggalkan kat dalam keta, almaklumlah penyamun skang ni pintar-pintar. Aku letakkan kat kerusi sebelah dan bermacam-macam agenda yang kitorang bermesyuarah, berdiskusi dan berdebat. Dari kol 1pm sampai kol 3pm lah, dan Miss Lala lah dok entertain meja kitorang. Kejap2 amik ashtray kat atas meja, pantang kosong je pinggan yang ada dia amik. Miss Lala boleh tahan gak orangnya, putih, rambut panjang, muka cam Pan Asian skit...boleh jadi artis kalau ditengahkan.... Sesekali aku ngan Azza mengusik dan mengumpat Miss Lala ni... mengumpat yang baik-baiklah...

Perut pun da kenyang, borak pun dah panjang, takut aku merapu lebih-lebih dan sebab nak amik Adam dari skolnya, kitorang pun nak baliklah. Miss Lala lah yang uruskan semuanya. Bilnya cam biasalah aku settlekan, ntah bila ntah nak tunggu Azza open table (hehe..Azza, jangan marah..), aku pun angkat punggung menuju ke pintu keluar. Belum sempat keluar, Miss Lala memanggil dari jauh.... "Sir, your netbook sir...."  Fuh!!!!!! Teringat aku pasal Isnin lepas dompet aku yang tercicir tu, kali ni netbook pulak.... "Thanks Lala... Thank you very-very much...." Terus Miss Lala berlalu, tak sempat aku nak berborak panjang atau nak amik pic dia supaya boleh diuploadkan ke fb atau blog... cuma senyuman dia je dilemparkan...

Azza sengih jer... Dalam hati aku bersyukur lagi.... masih ada orang yang jujur dan berhati mulia dalam dunia yang aku rasa semakin hari semakin senak. Rasa cam nak pegi lagilah TGI Fridays Wangsa Walk dalam minggu ni... nak jumpa ngan Miss Lala lagi...... Mmmmmmm..... Gracias Miss Lala.

***Ya Allah, kau rahmatilah mereka yang memudahkan urusan duniaku. Amin

Life is A Balance Sheet


Our Birth date is our Opening Balance
Our Death is our Closing Balance
Our Prejudices Views are our Liabilities
Our Creative Ideas are our Assets
Heart is our Current Asset
Soul is our Fixed Asset
Brain is our Fixed Deposit
Thinking is our Current Account
Achievements are our Capital
Character & Morals, our Stock-In-Trade
Friends are our Generals Reserves
Values & Behavior are our Goodwill
Patience is our Interest Earned
Love is our Dividend
Children are our Bonus Issues
Education is Brands/Patents
Knowledge is our Investment
Experience is our Premium Account
The Aim is to Tally the Balance Sheet Accurately,
The Goal is to get the Best Presented Accounts Award


*** Manusia itu akan dinilai setiap amalannya walau sehalus zarah.

Wednesday, January 26, 2011

Berakhirnya Goyang Kaki

Alamak...tinggal lagi 5 hari aku leh goyang kaki.Tak bestnya! Andai dapat masa ini dihentikan seketika atau dapat digostankan semula. Banyak benda yang aku buat dalam tempoh hampir sebulan ni.

Bayangkanlah, dalam 12 tahun aku bekerja, cuti sebulan inilah membawa seribu erti dalam meniti perjalanan. Dalam sebulan inilah, aku lebih kenal akan DIA, dalam sebulan inilah aku berjumpa balik dengan teman dan sahabat yang hampir 21 tahun tidak bersua dan bergelak ketawa, dalam sebulan inilah khidmat aku pada bonda tercinta sepenuh kuasa dan jiwa, dalam sebulan inilah 24 jam 7 hari aku tatap wajah puteraku Adam Ashraf tercinta, dalam sebulan inilah takyah nak beli ikan sebab aktiviti memancing berleluasa, dalam sebulan inilah filem seram Melayu di pasaran aku layan (walhal sebelum ni jgn diharap),  dalam sebulan inilah sukahati aku nak buat apa, dalam sebulan inilah aku on9 sentiasa......

Tapi masa sentiasa mencemburi aku. Tup..Tup...Dah nak abis dah sebulan tempoh yang Allah berikan nikmat sementara. Tempoh goyang kaki hampir berakhir sebab lepas ni kena goyang gerudi mencari rezeki.

***Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ....

Hiakkk....Adam masuk Taekwando...

Wan...nenek...Adam masuk taekwando...Kata adam dengan bangga bagi tau kat nenek-nenek Adam. Memang Adam masuk taekwando. Aku masukkan sebab Adam ada kaki cam Bruce Lee. Tangan dia tangkas dan laju macam Jet Li.

Kelas pertama Adam, memang aku takleh lupa.Tak ramai satu kelas ngan Adam. 3 orang jer.. . Hahaha...kengkawan Adam semua serius, tapi Adam tak serius langsung....Kengkawan Adam suara kuat-kuat..... Hiakkkkk....Adam... Hiaaaaa....hahaha...Itu kelas pertama Adam...baru warming up....

Ni da masuk kelas ketiga Adam. Perghh...Memang banyak perubahan. Badan Adam tak lembik lagi...Sir asyik puji Adam je...Konsentrasinya dah meningkat. Tendangannya makin padu, tumbukannya sangat padat....Mau lebam badan aku kalau ditumbuk dan ditendangnya...

Jangan main-main....aku dah ada bodyguard, tak yah nak risau lagi...saper berani mailah ... Jumpa Adam dulu baru jumpa aku...hahaha...

***Adam baru black belt kaler putih...

Ku mulakan dengan Bismillahirahmannirrahim......

bismillah.jpg
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang... 

Semoga segala catatan selepas ini melembutkan hatiku yang keras, lidahku yang kasar, tingkahlaku yang ganas, kata-kataku yang menyakitkan......dengan kalimah Ar Rahman....

Tegurku walau sepahit mana sekalipun, semoga ia menjadikan diri ini lebih baik dari semalam.....