Wednesday, September 18, 2013

Sakit itu ubat..

Assalamualaikum dan Salam Lawan Tetap Lawan,

Huh..rase lamanya tak mula menulis. Hampir lupa password blog ini. Tanda tanda sakit lupa tetapi itulah ubatnya. Mula mencari dan mengingati. Sakit lupa ubatnya kita cuba nak mengingati. Begitu juga apabila datang sakit, mulalah kita ingat, ingat kita ini lemah, ingat kita tidak sempurna, ingat kita  perlukan rehat bagi yang siang malam bekerja, ingat kita hambaNYA dicipta daripada tanah sahaja.

Sakitlah ubatnya bagi mereka yang lupa. Seringkali kita mengelak dan menghindari sakit dengan memakan vitamin dan supplement tambahan, tapi sakitlah ubatnya. Di suatu sudut, bila sakit kalimah yang sering lupa akan sentiasa diingati. Bukankah sakit itu ubatnya?

Sakitlah ubat bagi yang perlukan rehat yang cukup. Ada manusia selagi tidak ditimpa sakit, tak ingat dunia akhirat. Tapi bila sakit mula mengunjung dan menjenguk sebentar, itulah ubatnya. Berehat sebentar walaupun bersabar dengan pahitnya ubat, panasnya badan, lenguhnya tubuh, tapi itulah ubatnya.

Sakitlah ubat bagi yang lupa ada saudara dan sahabat handai. Tika sakitlah kita kenal erti sahabat dan kasih sejati. Sakit itu ubat sebenarnya. Ubat kasih dan sayang orang sekeliling. Ubat siapa yang tersenyum dikala kita derita, ubat siapa yang simpati kala terlantar.Tanda kasih dan dendam terpancar di kala sakit. Sah, sakit itu ubat.

Walaubagaimanapun, apa yang penting redha dan syukur atas nikmat sakit yang diberi. Allah Maha Tahu apa yang disebalik sakitnya kita. Banyak ubatnya bila sakit selain pil-pil dan rawatan yang diterima.

***Ingat, bila sakit itulah ubatnya.

No comments:

Post a Comment