Wednesday, September 18, 2013

Sakit itu ubat..

Assalamualaikum dan Salam Lawan Tetap Lawan,

Huh..rase lamanya tak mula menulis. Hampir lupa password blog ini. Tanda tanda sakit lupa tetapi itulah ubatnya. Mula mencari dan mengingati. Sakit lupa ubatnya kita cuba nak mengingati. Begitu juga apabila datang sakit, mulalah kita ingat, ingat kita ini lemah, ingat kita tidak sempurna, ingat kita  perlukan rehat bagi yang siang malam bekerja, ingat kita hambaNYA dicipta daripada tanah sahaja.

Sakitlah ubatnya bagi mereka yang lupa. Seringkali kita mengelak dan menghindari sakit dengan memakan vitamin dan supplement tambahan, tapi sakitlah ubatnya. Di suatu sudut, bila sakit kalimah yang sering lupa akan sentiasa diingati. Bukankah sakit itu ubatnya?

Sakitlah ubat bagi yang perlukan rehat yang cukup. Ada manusia selagi tidak ditimpa sakit, tak ingat dunia akhirat. Tapi bila sakit mula mengunjung dan menjenguk sebentar, itulah ubatnya. Berehat sebentar walaupun bersabar dengan pahitnya ubat, panasnya badan, lenguhnya tubuh, tapi itulah ubatnya.

Sakitlah ubat bagi yang lupa ada saudara dan sahabat handai. Tika sakitlah kita kenal erti sahabat dan kasih sejati. Sakit itu ubat sebenarnya. Ubat kasih dan sayang orang sekeliling. Ubat siapa yang tersenyum dikala kita derita, ubat siapa yang simpati kala terlantar.Tanda kasih dan dendam terpancar di kala sakit. Sah, sakit itu ubat.

Walaubagaimanapun, apa yang penting redha dan syukur atas nikmat sakit yang diberi. Allah Maha Tahu apa yang disebalik sakitnya kita. Banyak ubatnya bila sakit selain pil-pil dan rawatan yang diterima.

***Ingat, bila sakit itulah ubatnya.

Thursday, May 31, 2012

NCR 7557 Kudaku Lari Gagah Berani...

Assalamualaikum semua,



Kalau nampak NCR 7557 ni..hon-hon la yer....Dia ni pemalu skit...maklumlah, New Kids On the Road...Vroooooooooooooooooommm!!!!!

Tuesday, April 5, 2011

Rohani dan Jasmani yang Remaja...

Semakin dekat angka umur aku nak berubah thn ni saya dapati kulit2 tangan saya menunjukkan tanda kedut tak setegang dulu...Alamak... 

Kalau dulu aku tak pernah ambik tahu pasal awet muda. Kalau member2 MLM spt Shaklee, Luxor, Hai-O suruh join sebab nak beli ubat awet kesihatan yg baik (dan mahal plak tu) 
aku tak pernah peduli....tapi akhirnya join gak tanpa membeli apa-apa produk...Tapi sekarang bila tengok di cermin, jelas muka dah mula nampak kedutan terutama di bawah mata dan dahi.


Aku nak cuba cari atau kumpulkan petua2 dulu-dulu kerana pasti amalan tradisi ni bukan shj baik, tetapi menjimatkan.  Meh kita amalkan sama-sama ajar tubuh badan dan jiwa sentiasa remaja....Ehem-ehem....

1) Tanam ulam raja - amalkan ulam raja. Ini kerana ulam raja amat mudah hidup dalam pasu dan tak perlukan jagaan rapi.





Ulam Raja

2) Jangan minum air sambil makan. Minum air 30 minit lepas makan. Kulit kita kan tegang dan takkan kecut.

3) Makan epal dan peria katak yg di blend, amalkan hari hari tanpa kecuali.





Peria katak

4) Amalkan anggur merah - baik untuk pencegahan penyakit jantung

5) Amalkan air soya tawar (kurang manis) kalau boleh buat sendiri sbb kita boleh kawal jumlah gula. Air soya boleh membantu cegah sakit jantung. Ada sesiapa tahu cara-cara buat air soya sendiri?

6) Amalkan minum air limau nipis/limau kasturi tanpa gula. Tapi pastikan perut tak kosong takut nanti gastrik.

7) Pastikan minum air masak dengan banyak setiap hari untuk membuang toksik dari badan.



Inshaallah.....badan mantap...




***Tapi sampai masa denyutan jantungku kan terhenti jua.

Silap dan Sedar

Aku sedar aku silap
Selama ini aku menyayanginya
Mencintai manusia
Bukan sepenuhnya KernaMU

Aku sedar aku silap
Berkorban masa dan waktu
Mencari dunia
Bukan sepenuhnya kernaMU

Aku sedar aku silap
Membanting tulang
Memerah keringat
Bukan sepenuhnya KernaMU

Aku sedar aku silap 
Tapi apa mungkin terlewat
Untuk kupinta kemaafan
Untuk kupersembahkan keinsafan

Aku silap dan kini aku sedar
KernaMU lebih dari apa
Yang kusayangi
Yang kucari
Yang tak pasti
Yang sementara
Yang mempersona
Yang mendusta
Aku silap dan kini aku sedar
Hanya padaMU kuserah hidup dan matiku
Perkasa Sekian Alam

Tiada sekutu firmanMU kujunjung
Agar jadi pengikutMU yang sebenar....Insha Allah...

Sunday, March 20, 2011

Adam Ashraf vs Mia Sara


Name: Mia Sara Nasuha bt Muhammad Ridhuan
Birth date : 30 Sept 2005
Age: 6 years
Occupation: Kids model and Actor
From/location: Kota Damansara
Father’s name: Ridz
Mother’s name:Fyda
Her 1st appearance on tv: 2008
TV comercials: Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, Astro Beyond, TM, Soflan
Dramas: Adamaya is her first drama.


Name: Adam Ashraf bin Mohd Hafiz
Birth date : 24 Ogos 2005
Age: 6 years
Occupation: Future Muslim artist
From/location: Kuala Lumpur
Father’s name: Apez
Mother’s name:Syud
His 1st appearance on tv: Wait n See
TV comercials: Bank Muslim, Celtom, Susutagen, Nokiah, Astromen, Te'eM, Hardlan
Dramas: My Life: Adam Ashraf  is his first drama.


Kalau ikutkan hati dan perasaan, nak jer aku pinangkan Mia Sara ni... tapi Adam tak nak...dia shy shy gitu..dia nak concentrate dalam pelajaran dia, memenuhi impian kerjaya dia, nak banyak berkawan dulu, taknak cintan cintun ni....hahaha..sorilah Mia, nanti uncle slow talk ngan Adam okeh...hehehe....


***Bila Adam nak kawin ni?kena start prepare dari sekarang ker?siapa pilihan hatinya?

Friday, March 18, 2011

Musibah itu Rahsia Allah....Belajar dari Jepun



Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Jepun, harusnya dirasakan oleh kita jua. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak ada rasa, mati jiwa. Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, Insha Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa. Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, "Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya."- Surah al-Mulk: 3

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya. Apabila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:

"Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" -Surah al-Ankabut: 2

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap"… it's not what happens to you, but it's what you do about it."

Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." -Surah al-Zukhruf, 43: 48

Firman Allah swt:
"Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." - Al A'raf 168

"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" -Surah al-Baqarah: 214

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya mereka akan berkata, "aku telah terpilih." Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang." (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
"Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala."
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila', kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." -Surah Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya.

"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis.

Maka, renung-renungkan dan selamat beramal soleh.....



Sebahagian dari petikan oleh Minda Al-Asad


***Mengapa perlu berduka tika Allah menjanjikan berita gembira bagi mereka yang mengingatiNYA

Monday, February 28, 2011

Akhir Aku Mengakulah....


Okeylah...aku mengaku...aku minat kat dia ni....minat sebab dia cakap berlapik, muka sentiasa senyum, tak banyak gosip, pandai amik hati peminat, taklah giler glamour sangat, percaya pada bakat, konsisten dalam bidang seni, selain pandai jaga diri samada penampilan, budibahasa, pekerti dan lain-lain yang mencerminkan tatasusila rakyat Malaysia.

Aku mengaku selain daripada Amy Search, dia jer sorang artis lelaki yang aku minat sangat..... Semoga berjaya dalam kerjaya, sentiasa membahagiakan insan dengan lagu dan lunak suara anugerah Tuhan...... suka kalau Anuar Zain nyanyi lagu ketuhanan....

Lagu ni best.......... http://www.youtube.com/watch?v=L-jXg8wIsd4&feature=related

***Nota : Rase cam Adam Ashraf pun ada iras-iras muka Anuar Zain