Sunday, March 20, 2011

Adam Ashraf vs Mia Sara


Name: Mia Sara Nasuha bt Muhammad Ridhuan
Birth date : 30 Sept 2005
Age: 6 years
Occupation: Kids model and Actor
From/location: Kota Damansara
Father’s name: Ridz
Mother’s name:Fyda
Her 1st appearance on tv: 2008
TV comercials: Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, Astro Beyond, TM, Soflan
Dramas: Adamaya is her first drama.


Name: Adam Ashraf bin Mohd Hafiz
Birth date : 24 Ogos 2005
Age: 6 years
Occupation: Future Muslim artist
From/location: Kuala Lumpur
Father’s name: Apez
Mother’s name:Syud
His 1st appearance on tv: Wait n See
TV comercials: Bank Muslim, Celtom, Susutagen, Nokiah, Astromen, Te'eM, Hardlan
Dramas: My Life: Adam Ashraf  is his first drama.


Kalau ikutkan hati dan perasaan, nak jer aku pinangkan Mia Sara ni... tapi Adam tak nak...dia shy shy gitu..dia nak concentrate dalam pelajaran dia, memenuhi impian kerjaya dia, nak banyak berkawan dulu, taknak cintan cintun ni....hahaha..sorilah Mia, nanti uncle slow talk ngan Adam okeh...hehehe....


***Bila Adam nak kawin ni?kena start prepare dari sekarang ker?siapa pilihan hatinya?

Friday, March 18, 2011

Musibah itu Rahsia Allah....Belajar dari Jepun



Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Jepun, harusnya dirasakan oleh kita jua. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak ada rasa, mati jiwa. Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, Insha Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa. Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, "Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya."- Surah al-Mulk: 3

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya. Apabila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:

"Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" -Surah al-Ankabut: 2

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap"… it's not what happens to you, but it's what you do about it."

Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." -Surah al-Zukhruf, 43: 48

Firman Allah swt:
"Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." - Al A'raf 168

"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" -Surah al-Baqarah: 214

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya mereka akan berkata, "aku telah terpilih." Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang." (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
"Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala."
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila', kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." -Surah Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya.

"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis.

Maka, renung-renungkan dan selamat beramal soleh.....



Sebahagian dari petikan oleh Minda Al-Asad


***Mengapa perlu berduka tika Allah menjanjikan berita gembira bagi mereka yang mengingatiNYA